Jumaat, 24 Julai 2009

kepupusan orang utan

Orang Utan tidak berekor dan mempunyai telinga dan hidung yang kecil. Bulunya panjang, lembut dan berwarna keperangan. Bulu keningnya tidak begitu mudah dilihat manakala tulang mulut dan dagunya menonjol keluar. Kepalanya pula berbentuk bujur dan matanya bersaiz kecil. Orang Hutan mempunyai lengan yang panjang dan kuat.
Bagi Orang Utan jantan, purata ukuran panjang kepala dan badan adalah lebih kurang 96cm (38.4 inci) ketinggian 137cm (54.8 inci) dan berat 75kg (165 lbs). Purata ketinggian Orang Utan betina adalah 80 - 85% daripada Orang Hutan jantan dan beratnya adalah 50% lebih ringan.
Orang Utan hidup dengan memakan buah-buahan, terutamanya buah pokok ara serta daun-daun, kulit kayu, pucuk dan bunga. Orang Utan sentiasa hidup di atas pokok dan jarang turun ke tanah. Orang Hutan hidup bersendirian di mana hanya ibu dan anak saja yang mempunyai hubungan yang kekal. Orang Utan jantan hidup bersendirian dan hanya akan berduaan dengan Orang Utan betina pada musim mengawan. Pergaduhan jarang berlaku di antara Orang Utan jantan dan mereka jarang memonopoli kawasan kawalan. Jangka masa mengandung adalah dari 233-263 hari dan anaknya akan disusu selama beberapa tahun.
Orang Utan boleh di dapati di Borneo dan Sumatra dan tinggal di kawasan hutan tropika.

Punca kepupusan orang utan ialah :
Ladang-ladang kelapa sawit
(1)Pembalakan
(2)Perburuan haram
(3)Perdagangan binatang kesayangan.
23 September 2005 Laporan bertajuk "Oil for Ape Scandal oleh Pertubuhan Friends of the Earth mendedahkan :
(1)Tanpa campur tangan segera, perdagangan kelapa sawit boleh menyebabkan pupusnya spesies Orang Utan dalam masa 12 tahun.
(2)Hampir 90 peratus habitat Orang Utan di Indonesia dan Malaysia telah musnah.
(3)Beberapa orang pakar menganggarkan bahawa 5,000 Orang Utan pupus setiap tahun, kesan daripada keadaan itu.
(4)Terdapat kurang daripada 60,000 Orang Utan yang hidup secara liar di Borneo dan Sumatera.
(5)Pusat penyelamat Orang Utan di Indonesia "padat dengan bayi Orang Utan yang yatim piatu" yang diselamatkan dari hutan-hutan yang ditebangkan untuk perladangan kelapa sawit.
(6)Kerajaan Indonesia bercadang untuk mewujudkan sebuah ladang kelapa sawit terbesar dunia di Borneo, iaitu di sepanjang sempadan dengan Malaysia, yang akan merentasi kawasan perlindungan orang utan.
(7)Menggesa kerajaan Indonesia dan Malaysia menerima dan melaksanakan Deklarasi Kinshasa yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 10 September 2005 dan menamatkan penukaran kawasan habitat Orang Utan kepada ladang-ladang kelapa sawit. Kerajaan Indonesia telah menandatangani perjanjian itu tetapi kerajaan Malaysia belum menandatanganinya.


menurut sumber yahoo!, odd couples ini berkenalan setelah dipasangkan di dalam satu bilik nurseri / penjagaan haiwan di Taman Safari Indonesia. Keempat-empat “rakan” tersebut telah ditinggalkan oleh ibu-bapa mereka setelah kelahiran, dan ajaibnya, mereka berkawan baik sama sedarjah macam Abu, Ah Chong dan Gopal.
Menurut penjagan zoo, perkara ini jarang terjadi dan seperti bayi, mereka hanya ingin bermain diantara mereka. Setelah sebulan bersama, tiada tanda-tanda keganasan di antara sahabat-sahabat berikut.
Menurut penjaga zoo lagi, perkara ini tidak akan berkekalan kerana semakin meningkat dewasa, naluri haiwan akan mengatasi persahabatan tersebut, sebagai contoh, harimau akan mula makan daging sebaik umurnya mencecah 3 bulan.
hikmah di sebalik cerita: macam manusia juga, mula-mula berkawan baik, makin tua bercakaran juga – cuma akal jadi pembeza.
Fakta menarik:
*Kedua-dua spesis ini spesis terancam (Endangered Species)
*Jumlah orang utan dianggarkan hanya 20,000 ekor.
*Punca kepupusan: kerosakan / pembakaran hutan untuk pertanian, pembalakan haram dan lain-lain.

3 ulasan:

  1. Merkur Safety Razor Merkur - DEccasino.com
    Merkur Double Edge หารายได้เสริม Safety Razor - Chrome plated with a chrome finish. deccasino A great addition to Merkur's line of safety razors. Merkur 34C febcasino Double Edge Razor

    BalasPadam
  2. Casino Review 2021: Play at the best real money online
    A casino that will attract players who like playing online games 여수 op 사이트 or are looking for 강친닷컴 the 먹튀 없는 사이트 best casino games to play, Casinos.info has 벳시티먹튀 listed the top 20 casinos  Rating: 7.6/10 · 카카오스포츠 ‎Review by Casino.info

    BalasPadam
  3. JT-bet Casino in Pune will reopen on Thursday | JT-bet.com
    JT-bet is the premier online betting company 경상북도 출장샵 in 경산 출장샵 Pune state to offer 의왕 출장마사지 a seamless integration for a seamless 포항 출장안마 and seamless seamless experience. 대전광역 출장샵

    BalasPadam